Assalamualaikum
Salam perkenalan..elok aku kenalkan diri sebagai budak tangkak atau pendeknya BT.Aku adalah anak Melayu jati dari Tangkak...Walaupun aku sangat kuat rasa kemelayuannya,namun aku harap Islam yang akan memandu rasa itu..Insya-Allah..
Mungkin sesiapa pun akan tertanya untuk apa blog ini muncul..blog BT ini merupakan blog bebas yang tulisan nya lahir dari dalam jiwa sbnr BT..Sesungguhnya blog ini bukan untuk bacaan orang ramai..cukup sekadar untuk BT meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa..Lebih tepat adalah sebagai diari diri BT sebnrny..
Kepada yang telah terjumpe blog ini..maka tahniah kerana anda menemuinya tanpa dipromosi..Nama watak dan tempat yang tercatat dalam setiap posting adalah bukan nama sbnr..istilah dan nama sbnr terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu..Anggap saja ia sebagai bahan bacaan bebas utk BT berkongsi dan pembace menilainya..
Sebelum memulakan edisi posting yang pertama kalinya..Biar BT kenalkan diri dan mengapa BT memilih BudakTangkak sebagai tag nama ...Sbnrnya,mungkin sesiapa pon akan mengatakan Bt terpengaruh dgn tag nama muvie "budak kelantan"...ya ianya mungkin dan ianya mungkin tidak..apepon Tangkak sbnr adalah tanah tempat Bt dilahirkan..tempat tumpah darah diri BT..Sebelum di bawa pergi oleh ibu bapa Bt berhijrah ke KL,kota metro politan ini..
Ermm..lebih elok andai Bt dapat kenalkan Tangkak itu sendiri..Tak nak citer lebih2 pasal Tangkak kat sini..nak tau lebih2..leh search sendiri kat Google..hehehe!
Asal-usul nama Tangkak
Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak'. Peristiwa itu berlaku ketika seorang peneroka, Long Mahmud bersama tujuh saudara yang dikatakan terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia. Kerana kebiasaan tabiat merangkak, penduduk setempat menyebut tang Merangkak bagi merujuk kawasan itu. Ungkapan ‘tang' memang biasa digunakan orang Melayu bagi merujuk suatu tempat.
Saturday, March 7, 2009
Salam Salju dari Bandar Tangkak
Labels: Pengenalan, Tangkak
Posted by budaktangkak at 4:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment